Khemah Ibadah dan Bengkel Remaja Soleh adalah program yang dirancang untuk melahirkan anak-anak tentera yang berdisiplin dan bertaqwa sebagaimana yg dituntut mengikut Al-Quran dan sunnah di samping mening katkan semangat setiakawan antara peserta serta lebih beradab dan taat kepada kedua ibubapa.
![Ibadah Ibadah](/uploads/1/2/5/4/125466876/844580945.jpg)
Sempena Cuti Sekolah bulan Mac 2007 sekiranya anak-anak anda tiada program khusus mereka dipelawa untuk menyertai SURVIVOR Camp 2007. Tarikh: 12, 13 dan 14 Mac 2007 (Isnin, Selasa dan Rabu) Tempat: Kampung Idaman, Taman Bukit Cahaya Alam, Shah Alam, Selangor ( Bukit Cerakah ) Anjuran: Surau Ar-Rafiq, Kota Damansara Dengan kerjasama: Al Mukhlis Centre Program ini terbuka kepada pelajar lelaki dan perempuan yang berumur 10 hingga 13 tahun sahaja. Yuran Penyertaan Cuma RM 70 seorang (Bayaran untuk penginapan di chalet, makan minum 6 kali sehari, insurans, fail, nota bahan program, tag nama, penceramah, fasilitator, sijil, cenderahati program dan pengalaman yang cukup berharga) Pendaftaran awal untuk tempat boleh dibuat melalui telefon. Pengesahan hanya akan dibuat apabila borang penyertaan dan bayaran deposit sebanyak RM 40 seorang diterima. Baki bayaran hendaklah dijelaskan pada hari pendaftaran program SURVIVOR Camp iaitu 12 Mac 2007.
Untuk pertanyaan dan pendaftaran hubungi: URUSETIA SURAU AR-RAFIQ, 47810 Kota Damansara, Selangor Darul Ehsan (Pn Husni): 0; (En Haszrul): 0; (Urusetia Surau): 0. E-mel:,. NAK TAHU Apa itu SURVIVOR Camp 2007? SURVIVOR Camp 2007 adalah satu program khas yang dirangka untuk memenuhi cuti sekolah adik-adik dengan aktiviti yang berfaedah.
Padat dengan pelbagai aktiviti yang menarik, menghiburkan dan sarat dengan maklumat. 'Untuk siapa?' : Program ini dibawa secara eksklusif untuk mereka yang berumur di antara 10 hingga 13 tahun. 'Apa aktiviti menarik?”: Program ini penuh dengan aktiviti menarik yang menghiburkan bersama-sama abang dan kakak fasilitator daripada Institut Pengajian Tinggi seperti sesi LDK dengan fasilitator, 5 Minute To Late, Junggle Trekking, Obstacle games, Mummy Project, Giant Step, Koreksi Diri dan pelbagai lagi. 'Dah banyak kali dah pergi ke kem motivasi. Buat apa pergi lagi! ': Setiap program mempunyai matlamat dan 'trademark'nya yang tersendiri.
Di SURVIVOR Camp, kami menjanjikan program yang menyeronokkan dan dapat berkenalan dengan alam ciptaan Tuhan dengan lebih dekat, bahkan dapat berkenal-kenalan dengan rakan-rakan baru dari sekolah-sekolah lain. Melalui pendekatan ini, para peserta akan ditekankan bahawa motivasi sebenar berpunca dari Yang Maha Kuasa. “Apa matlamat yang saya dapat daripada program ini?”: Program ini dirangka untuk membentuk sifat berdikari dalam diri adik-adik, di samping membina diri kita dengan benteng-benteng positif, menjadikan adik-adik seorang yang taat kepada Allah, Rasulullah, Ibubapa yang tercinta dan keluarga yang tersayang.
Pada 10-11 Mac 2017 telah berlangsung Program Khemah Ibadah tahun 6, Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana UPSR Siri 1 dan Kem Bestari Solat. Program yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun 6 telah berlangsung dengan lancar dan jayanya. Pihak penganjur mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan guru SKTPP2 yang komited serta sokongan padu daripada barisan pentadbir. Besar harapan daripada penganjuran ini agar para peserta mendapat faedah dan menjadikannya panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Terima kasih semua.